Sunday, July 11, 2010

PREDATORS? TAKYAH NENGOK!!



Uploaded with ImageShack.us

Predataors? tengok cerita laen je la~

Aku ngan housemate tadi pergi lepak klcc nonton predators. memula ingatkan remake cerita arnold szwrghdhdfunager yang dulu tu, rupenye idak. Tapi takpe la, mungkin cerita kali ni lebih mantoppp!. So kami pon nonton lah dengan penuh harapan, mengubah impian menjadik realiti!

RUPA-RUPANYA! movie ini indah trailer daripada cerita. Kuciwa sungguh haku dengan movie nih. Yang paling tak boleh dimaafkan adalah ceritanya yang tak berapa nak banyak aksi yang gegak gumpita seperti yang aku harapkan. semuanya sungguh predictable semudah memetik jari. The director is trying too hard to make some twist here and there, tapi sikitpun tak berjaya dan tak surprise pon. Kesimpulannya, aspek PALING TAK BOLEH DIMAAFKAN adalah kurang aksi dan kurang kesan khas yang boleh mengujakan orang. Jalan cerita boring.

Untuk slek2 yang minor pulak, cerita ni banyak benda yang boleh dipertikaikan dan tak logik. Antaranya

1. predator yang konon-kononya sangat kuat tu. Jerangkap samar yang digunakan untuk membunuhnya terpaksa dibuat daripada kayu balak besar gedabak yg mampu membunuh makhluk dengan berat 5 kali ganda manusia (seperti yang dicakapkan oleh royce). At last, seekor predator telah mati dengan mudahnya dengan sebatang pedang samurai (walaupun predator tu tak buang pon die punye baju perisai).

2. Pembunuh yang menyamar doktor tu kata dia adalah pembunuh tak berguna dan 'a freak' di bumi. Walaupun pembunuh tu cumalah org tak berguna dan menyamar doktor sahaja, tapi tiba2 ilmu dia mengalahkan profesor. Walaupun duduk kat planet lain yang topografi sratus pratos berbeza, sekali imbas je dia tau bunga tu mengeluarkan neorotoksin. hebat2!

3. kenapa predators tu susah2 nak membazir parachute? lepas dah culik letak je la dorang atas lantai, pastu kang dorang sedar dorang panik jugak. nak kate predators tu baling dorang dari spaceship pastu tinggalkan, tak jugak. sbb predator tu pun set foot kat planet tu jugak.

4. setiap musim, manusia dihantar ke planet tu utk dijadikan buruan. setiap musim, predators tu akan evolve dan tingkatkan kecanggihan teknologi dan akan adapt dengan strategi manusia. they learn fast, and adapt quickly (seperti kata roland, survivor utk 10 musim yang lepas). tapi aku tengok, predators tu macam bodo je, senang gile mati. evolve la sangat~~

5. malas dah haku nak tulis. not worth my time. byk lagi kelemahan cerita ni sebenarnya. senang cerita, korang tunggu kuar tenet, sedot je la. takyah nak bazer2 nengok wayang.
 
◄Design by Pocket