Friday, December 10, 2010

Hantu Mak Limah Balik Umah!!!





Kelakar ke taK? memang kelakar!!!

pada yang nak cari sesuatu yang lebih dari sekadar kelakar, aku cuma nak berkongsi pandangan sahaja..

aku suka watak Ucop.
ucop adalah bekas penari kebudayaan. ucop cacat, tak boleh berjalan, sebab tu dia mendapat bantuan kerusi roda oleh kerajaan. tapi byk kali dipaparkan dalam filem ni, ucop sebenarnya boleh berlari siap mengangkat kerusi roda tajaan kerajaan bersamanya.. malah ada satu dialog lucu, "kalau bukan kerusi roda ni kerajaan punya, teman dah lempar dalam sungai'.. ucop juga seorang kaki hasut (suruh bakar rumah mak limah). dan byk kali juga dia keluarkan dialog femes, "itulah pentingnya English Education (EE)~~". memang lucu.

siapa agaknya ucop di kalangan kita?

orang2 yg terlalu mendamba bantuan kerajaan semata-mata.. org yang sebenarnya tak layak dapat bantuan kerajaan, tapi berlakon sebab kemarok nak bantuan, dan seorang yang cukup mengagungkan bahasa inggeris. setiap kali usin salah sebot bahasa inggeris, ucop akan tegor, tapi english ucop pon sangat pelat, begitupun ucop tetap bangga berkata 'itulah pentingnya english education'. ucop jugaklah si penghasut yg sebokk menghasot supaya rumah mak limah dibakar.

cukup sifat di atas? andalah Ucop!

ucop selalu membetulkan sebutan bahasa inggeris usin. bila usin salah sebut 'beca', ucop betolkan, 'bukan beca, tapi weelchair'.. tapi sebutan bahasa inggeris ucop pon sangat pelat perak. begitupun, ucop tetap bangga, 'itulah kepentingan english education (EE)'.. malah, jika diamati, dialog ni diulang hampir setiap kali dia membetulkan sebutan usin, di sepanjang2 filem ni. tapi, di akhir filem ni, kita akan terfikir, di mana sebenarnya pentingnya english education (EE)? dalam filem ni, english education jadi penting hanya apabila ucop membetulkan sebutan usin shj, contohnya ketika usin tersalah sebut 'wheelchair' kepada beca, dan dibetulkan oleh ucop, maka baru EE jadi penting. kalau usin sebut 'kerusi roda', maka sepatutnya EE dah tak penting lagi.

Kenapa masyarakat Malaysia rasa English terlalu penting? sebab kita yang kemaruk sgt nak bercakap bahasa Inggeris. sebab kita yg taknak guna bahasa kebangsaan. jadi sebab tu dia jadi penting. cuba kalau kita guna bahasa sendiri, adakah dia akan jadi penting? English penting dalam pendidikan, sbb tak byk buku dlm bahasa Melayu. sebab apa? sebab kita yang taknak menterjermah, kita yang nak guna buku2 dan silibus BI. sebab tu dia jadi penting.


aku juga suka wata abg ambulans

bekerja dengan 'kerajaan', tapi dia cukup byk kerenah. setiap kali kena datang buat kerja angkot orang pergi hospital, dia cukup byk kerenah, "hari ni sepatotnya saya mc', 'penduduk kg ni menyusahkan', 'penduduk kg ni perangai teruk, sbb tu dpt bala' (walaupun dia pun pnduduk kg pisang)dan bagai2.

dalam mensyuarat kg pisang pula, kita dpt lihat dia ni cukup byk komplen. komplen komplen dan komplen.. tapi bila ucop minta angkat tangan utk undi bakar rumah, dia angkat tgn separuh, lepas tu malu+ego, dia pun turunkan tangan balik.. dlm byk2 org, kenapa cuma dia sorang yang segan nak angkat tgn?

sebab dia org yang dlm kerjanya byk kerenah dan alasan. tapi byk pula komplen dan meminta macam-macam..tapi bila sampai peringkat dia perlu 'menyumbangkan sesuatu', dia sendiri tak mahu beri.

cukup sifat? andalah pemandu ambulans!

sepanjang2 cerita mamat khalid tunjukkan yang punca utama masalah di kg pisang kerana cara masyarakatnya berfikir. maka utk menyelesaikan masalahnya adalah sepatotnya membetolkan dahulu masalah utama ini, bukan membuat penyelesaian yang tak ada kaitan.

bila mentaliti penduduk yang tak betul, kalau kita panggil 'kepakaran luar' pun tak guna. bomoh dari indonesia, dari thailand. macam mana nak selesai masalah jika kita merawat pada tempat dn cara yang salah?

bomoh thai tu pun cakap "padan la tak takut, manusia rupenye'. kalau hantu pasti mantera dia berkesan. sebab manusia, maka mantera dia tak berkesan.

byk lagi yang dilapis oleh mamat dengan cukup berlapik. org cina yang mempersembahkan piring putar pada mesyuarat penduduk melayu kg pisang, bila start meeting, org cina itu tak pula turut serta.. pak abu sbg pemimpin yang kuat gebang bersilat tgh2 warung, org lain tepuk tgh aje... etc etc etc etc etc.ttapi yang atas bagi aku plg menarik. tengok dan mainlah 'game' anda sendiri semasa menonton.

ada kritikan yang sengaja dibiar telanjang, (penduduk kg ni percaya sgt pd tahyul.. bla bla bla).. style mamat memang suka kritik kerajaan, daripada cerita zombi kg pisang, kala malam bulan mengambang (paling pedas mengkritik), sampai le hantu kak limah.

tapi filem kali ni dia lebih kepada mengkritik mentaliti masyarakat (masyarakat termasuklah kerajaan memerintah, pelaksana, dan rakyat yg diperintah). mentaliti kita yang bermasalah, maka kenapa kita nak ubah benda lain? kenapa kita nak merawat pada perakara yang salah?

mak limah adalah masalah yang terbit daripada mentaliti masyarakat celaru. jadi semua yang dibuat takkan dpt selesaikan masalah tu selagi mentaliti tak dibetulkan.

tentu masih ingat kan hujung cerita? semasa penduduk kg pisang cuba berdepan mak limah, tiba-tiba mereka menari poco-poco. pak abu pun marah, "kita nak berdepan hantu mak limah, kenapa menari poco2?" tak masuk akal kan?

on the spot dlm cinema, tiba-tiba terus ada satu lintasan kat otak aku, kat malaysia byk jabatan-jabatan *** menari poco2 sebagai aktiviti utk meningkatkan prestasi prestasi pekerja mereka-kononnya riadah? kalau masalahnya prestasi, kenapa poco2 langkah yg diambil? haha.. kelakar pulak rasa tiba-tiba terfikir macam tu.. tak masuk akal kan?

pencapaian akademik tak bagus kerana perlaksanaan sistem pendidikan, kenapa medium bahasa yg kita ingin ubah? tak masuk akal kan?

negara tak maju sebab mentaliti masyarakat, knp bahasa juga yang kita salahkan? tak masuk akal kan?

..................

APA2 PON, TAKYAH NAK PENING2. PERGI TENGOK N ENJOY!!! SEBAB TANPA RAPU2 DI ATAS PUN, FILEM NI MASIH KELAKAR.. HUHU
 
◄Design by Pocket