seorang murid sekolah rendah berkata ingin menjadi pelukis, penulis. seorang guru akan menegah (bukan semua guru, jgn salah faham) "Semua tu tak ada masa depan, kamu kena jadi jurutera, peguam atau doktor". justeru bila di sekolah menengah bila ditanya cita-cita, rata rata jawapan pelajar tak lepas dari 3 bidang yg disebut tadi. Ironic, what a student should be is determined by a teacher (not all teachers, jgn salah paham) who has never been apart of any of the career options above.
Hari ini, jurusan seni dan penulisan tidak diambil oleh mereka yang betul2 berminat. Jurusan2 seperti ini dianggap sebagai jurusan last-choice yang diambil oleh mereka yang sudah tidak ada pilihan (sekali lagi, bukan semua, jangan salah paham), bukannya kerana minat. Dan mereka yang berminat? Kalau akademik mereka bagus awal2 lagi mereka dah dicuci otak utk 'manukar haluan' ke jurusan yang 'lebih menjamin masa depan'
Terlahirlah seorang Prof Razak Mohaideen yg masih gagal membuktikan apa2 dengan karya beliau. manakala orang yang langsung tak berpendidikan dalam bidang seni, eventually stole the limelight of the industry. sampai bila perkara macam ini harus berterusan?
Apa pun bidang yg anda minat, ingatlah bahawa rezeki Tuhan ada di mana di mana. Banyak sikit rezeki itu bergantung pada usaha kita sendiri. jangan melakukan silap yang anda sendiri akan sesali.
Hidup di dalam alam yang tidak kita sukai ibarat berjalan di atas landasan besi di bawah terik siang. Buat apa perlu menjadi robot tidak berjiwa, menjadi hamba kepada sistem 'jaminan masa depan' yang entah siapa menjadi pengasasnya.
when u lose ur sight, thousand rays of light wouldn't be any useful any more. just like when u lose purpose in life, millions dollar wouldn't make your life any happier too.
Dont ever give up on your dreams! Beranilah bermimpi, kerana mimpi mampu menyihir realiti!
from ur exprience ye.. until now.. i never give up...
ReplyDeletehttp://syaz97.blogspot.com