Sunday, July 11, 2010

PREDATORS? TAKYAH NENGOK!!



Uploaded with ImageShack.us

Predataors? tengok cerita laen je la~

Aku ngan housemate tadi pergi lepak klcc nonton predators. memula ingatkan remake cerita arnold szwrghdhdfunager yang dulu tu, rupenye idak. Tapi takpe la, mungkin cerita kali ni lebih mantoppp!. So kami pon nonton lah dengan penuh harapan, mengubah impian menjadik realiti!

RUPA-RUPANYA! movie ini indah trailer daripada cerita. Kuciwa sungguh haku dengan movie nih. Yang paling tak boleh dimaafkan adalah ceritanya yang tak berapa nak banyak aksi yang gegak gumpita seperti yang aku harapkan. semuanya sungguh predictable semudah memetik jari. The director is trying too hard to make some twist here and there, tapi sikitpun tak berjaya dan tak surprise pon. Kesimpulannya, aspek PALING TAK BOLEH DIMAAFKAN adalah kurang aksi dan kurang kesan khas yang boleh mengujakan orang. Jalan cerita boring.

Untuk slek2 yang minor pulak, cerita ni banyak benda yang boleh dipertikaikan dan tak logik. Antaranya

1. predator yang konon-kononya sangat kuat tu. Jerangkap samar yang digunakan untuk membunuhnya terpaksa dibuat daripada kayu balak besar gedabak yg mampu membunuh makhluk dengan berat 5 kali ganda manusia (seperti yang dicakapkan oleh royce). At last, seekor predator telah mati dengan mudahnya dengan sebatang pedang samurai (walaupun predator tu tak buang pon die punye baju perisai).

2. Pembunuh yang menyamar doktor tu kata dia adalah pembunuh tak berguna dan 'a freak' di bumi. Walaupun pembunuh tu cumalah org tak berguna dan menyamar doktor sahaja, tapi tiba2 ilmu dia mengalahkan profesor. Walaupun duduk kat planet lain yang topografi sratus pratos berbeza, sekali imbas je dia tau bunga tu mengeluarkan neorotoksin. hebat2!

3. kenapa predators tu susah2 nak membazir parachute? lepas dah culik letak je la dorang atas lantai, pastu kang dorang sedar dorang panik jugak. nak kate predators tu baling dorang dari spaceship pastu tinggalkan, tak jugak. sbb predator tu pun set foot kat planet tu jugak.

4. setiap musim, manusia dihantar ke planet tu utk dijadikan buruan. setiap musim, predators tu akan evolve dan tingkatkan kecanggihan teknologi dan akan adapt dengan strategi manusia. they learn fast, and adapt quickly (seperti kata roland, survivor utk 10 musim yang lepas). tapi aku tengok, predators tu macam bodo je, senang gile mati. evolve la sangat~~

5. malas dah haku nak tulis. not worth my time. byk lagi kelemahan cerita ni sebenarnya. senang cerita, korang tunggu kuar tenet, sedot je la. takyah nak bazer2 nengok wayang.

Saturday, May 15, 2010

DONT GIVE UP ON YOUR DREAMS!



seorang murid sekolah rendah berkata ingin menjadi pelukis, penulis. seorang guru akan menegah (bukan semua guru, jgn salah faham) "Semua tu tak ada masa depan, kamu kena jadi jurutera, peguam atau doktor". justeru bila di sekolah menengah bila ditanya cita-cita, rata rata jawapan pelajar tak lepas dari 3 bidang yg disebut tadi. Ironic, what a student should be is determined by a teacher (not all teachers, jgn salah paham) who has never been apart of any of the career options above.

Hari ini, jurusan seni dan penulisan tidak diambil oleh mereka yang betul2 berminat. Jurusan2 seperti ini dianggap sebagai jurusan last-choice yang diambil oleh mereka yang sudah tidak ada pilihan (sekali lagi, bukan semua, jangan salah paham), bukannya kerana minat. Dan mereka yang berminat? Kalau akademik mereka bagus awal2 lagi mereka dah dicuci otak utk 'manukar haluan' ke jurusan yang 'lebih menjamin masa depan'

Terlahirlah seorang Prof Razak Mohaideen yg masih gagal membuktikan apa2 dengan karya beliau. manakala orang yang langsung tak berpendidikan dalam bidang seni, eventually stole the limelight of the industry. sampai bila perkara macam ini harus berterusan?

Apa pun bidang yg anda minat, ingatlah bahawa rezeki Tuhan ada di mana di mana. Banyak sikit rezeki itu bergantung pada usaha kita sendiri. jangan melakukan silap yang anda sendiri akan sesali.

Hidup di dalam alam yang tidak kita sukai ibarat berjalan di atas landasan besi di bawah terik siang. Buat apa perlu menjadi robot tidak berjiwa, menjadi hamba kepada sistem 'jaminan masa depan' yang entah siapa menjadi pengasasnya.

when u lose ur sight, thousand rays of light wouldn't be any useful any more. just like when u lose purpose in life, millions dollar wouldn't make your life any happier too.

Dont ever give up on your dreams! Beranilah bermimpi, kerana mimpi mampu menyihir realiti!

Tuesday, May 11, 2010

lagu2 lalala

lame tak menjengok. saje nak upload lagu, kang kalu format lappy bleh donlod balek dari blog senirik. hehe

sedot

rihanna- rude boy

jason derulo- watcha say

alicia keys- unthinkable

jason derulo - in my head

train- hey soul sister

tokio hotel- automatic


erk..lagu bawah ni lagu lama. aku masokkan sebab aku suke. ni kan blog aku, skati aku la. ;p

patti la belle- 2 steps away

malas la plak. to be continued

Wednesday, April 21, 2010

Aku ambush bilik senior di UTM.. ilekkk jeee.. =)

Kalu korang perasan kat facebook aku, aku ada tulis yang aku sebenarnya seorang yang clumsy dan selalu terbuat benda2 yang bodoh dan memalukan. walaupun muka aku nampak macam stok2 cerdik pandai (wakluu!!), tapi hakikatnye aku adalah seorang mamat clumsy. (tak caya tanya la kawan2 rapat aku). so disebabkan keclumsyanku ini, aku pernah mengambush bilik senior masa kat UTM. hehe, hebat siak aku..

Satu malam di S42, Kolej Tuanku Chanselor di UTM Skudai, tingkat 2. Aku nak menziarah seorang kawan yang bernama Hasbullah. Beliau adalah mamat bijak pandai yang sangat lah pandai. Aku jarang gi bilik dia sebab kitorang bukanlah selalu lepak pon, tapi malam tu nak menuntut ilmu la katakan. So aku dengan kaen pelikatku dengan bijak pandainya berjalan ke bilik Has.

Sampai di depan bilik Has, aku ejas muka aku ke tahap paling bijak pandai (nak masok bilik org pandai, muka kene la sewaktu dengannya beb!).


lebih kurang macam ni la muka aku ketika itu.. ok? suit up!!


bila aku masok, aku nengok seorang mamat die nengah study sambil mendengar mp3 dengan earphone terlekat di telinga kat meja Has. mmg selalu kawan2 die study sekali kat bilik dia. so aku terus duduk atas katel Has. mamat tu tengok aku. aku pon nengok die balek, lalu dengan kereknya aku berkata "Has mana?".. mamat tu diam, lepas tu geleng. bongok punya orang, pakai earphone mmg tak dengar! huh!

aku pon mencapai paper kat bawah katel Has dan dengan selambannya bersila sambil membelek2 paper2 yg berlambak bawah katel dia.. hmm.. lama jugak aku tak baca paper. aku menunggu has sambil membaca paper. tapi sebab has tak muncul2, aku pon decide nanti je la aku datang balek. so aku amek 2-3 paper yg aku tak abeh baca lagi, dan dengan sombongnya pesan kat mamat tu "kang Has balek cakap aku pinjam nih".. sambil menunjukkan ke arah paper2 tadi. huh, kerek sungguh aku. kali ni mamat tu tak menggeleng, tapi die mengerutkan dahi. bongok lagi sekali! tak dengar la tu!

aku malas nak layan mamat tu, so aku keluar dengan elegannya dari bilik itu. bila aku sarung je selipar dan melangkah nak ke bilik aku kat tingkat bawah, tetibe Has keluar dari bilik sebelah. "uuiks, yo, buat ape kat bilik tu?"...

maka, secara otomatiknya muke aku bertukar hijau..

"tu bukan bilik ko ke Has?" tanyaku sambil menunding jari ke bilik durjana itu..

Has pon memegang perot, sambil menahan gelak.. dengan separuh berbisik + batok2 (tengah gelak).."yo, tu bilik senior la.. hik hikkkk"


what?!!! whatttttt??!!!!


tanpa membuang masa, ataupun berpikir walau sesaat.. aku terus pergi ke bilik sebelah dan dari luar (gile nak masok balek??).. aku melempar paper2 yg aku amek tu direct ke bawah katell..er.. katel sape? HAKU PON TAKTAU!!!


dalam masa2 cenggini, jangan pikir2.. baling je!!!


dan dengan tanpa berpikir walau utk dua saat, aku terus membuka langkah beribu ribu meninggalkan tempat kejadian.. (sambil diselangi gelak tawa Has yang makin lama makin kuat)..

yah yah yah!!!


dan kerena peristiwa itu, hampir berminggu jugak la aku tak naek tingkat dua.. hoh, black territory!! maluuuU!!!!walaupun dah eksyen dengan muka bijak pandai, akhirnya aku malu sendiri.. T T

i feel like a genius


||



turned to be a stooge... (to the power of three)..

Saturday, April 17, 2010

Baru sesaat melihat dunia


aku letak gambar ni sebab tak sanggup nak letak gambar2 real dari fail Malaysia.


Sambil melihat dengan mata,
Ia berkata di dalam hatinya,
“Itu kemaluan, supaya dapat aku lahirkan zuriat yang soleh sebagai khalifah,
Itu kaki, supaya dpt aku melangkah ke rumah ibadah,
Ini tangan, supaya dpt aku berbakti di muka bumi Tuhan,
Ini jari, supaya dapat kujadikan telunjuk membaca kitab al-Quran,
Ini lidah, supaya dapat aku seru kea rah kebaikan”
Cuma itu yg baru dilihat matanya..

Kini dia dihurung kesakitan,
Digigit binatang kecil berwarna merah yg merayap di segenap tubuhnya,
Dilapah oleh binatang yg bertaring dan bingit menyalak,
Baru sesaat dia melihat dunia,
Kini Izrail telah datang menjemputnya.

Akibat kemaluan durjana dia dilahir di luar nikah,
Dengan kaki , ibunya melangkah ke longgokan sampah,
Dengan tangan, ibunya melempar tubuhnya yg masih merah,
Dengan jari, pemimpin2 menunding ibu-bapa yg harus dipersalah,
Dengan lidah, ulama masih bisu dgn kacau akhlak yg dihalal di bumi Islam bertuah

Akhirnya,
Dia yang harus membayar dengan nyawanya….

Wednesday, March 31, 2010

MRSM Gerik- Pengalaman Hantu Paling Spoil

Al kisahnya...

Teringat masa kat MRSM Gerik dulu, memang banyak cerita hantu. Tapi ni adalah yg paling spoiled. Masa form 3, ada satu malam tu, area2 pukul 2am(tak berapa ingat tapi time tu aku da tidor), aku terjaga dari tidor dan ke bilik air untuk mandi.(Huhu, time2 baru nak jadik remaja, paham2 je la, semuanya terjadik secara otomatik~). Asrama kat Gerik ni mmg terkenal ngan ke-spooky-annya, dengan lampu2 yg dah takleh nyala. ish3.. tapi terpaksa la aku redah jugak, esok pagi2 ramai org gune bilik air.

so, time2 tgh mandi aku da rasa tak sedap. rasa seram semacam je. ye la, aku mandi kat tempat basoh baju je, so bleh nampak direct koridor panjang yg gelap gelita tu(ada satu due lampu je). tambah pulak aku tak pakai cermin mata, so disebabkan kerabunan aku, anything could be anything. huhu.. takot2..

bile da nak abis upacara bersiram tu. aku pon lap2 badan dan balut towel, dan bersiap utk ke bilik aku yg terletak kat paling hujung koridor. bile elok je aku nak melangkah keluar dari bilik air, tiba2 aku ternampak ada sesuatu bergerak dari bilik yg paling dekat ngan pintu bilik air. (bilik first lepas bilik air ni ade lampu depan dia, tapi samar2 la). jantung da degup degap..


tiba2.. zassss!!! ade bende terjulur keluar dari pintu bilik tu!! separuh badan je.. dah terjulur tu die dok diam je... tak bergerakk.... ngeee... aku da takot nak keluar bilik air dah time tu. aku mmg tak jelas rupe die, sebab aku rabun, campur ngan malam yg gulap gulita tu.. aduussss.... camner aku nak redah ni?

aku nekad utk redah jugak di hadapan makhluk pelik tu. aku berjalan slow2. bile da dekat je ngan makhluk tu, aku terus kuatkan kaki utk terus melangkah (padahal dah gigil2 ni)


aku panjatkan doa ke hadrat Tuhan yang maha kuasa, semoga dihalau makhluk ni cpat.. shooo shooo!!!



dan aku juga membaca ayat2 Quran yg aku tahu.. (ayat kursi dan 3 qul je kot, huhu)


Dan dengan gigih aku terus melangkah. memang aku tak pandang kiri kanan, pandang depan je. bila melintas depan dia, tiba2 makhluk tu bersuara.. Yo(ni nama aku ye, org panggil aku yo)!! bile die sebot je nama aku, seluruh badan aku dah longlai.. dan menggigil seluruh badan


nooo!!!jangan makan aku! aku tulang je!! ngeeee.. takot2!


dan tak cukup dengan tu, dia bersuara lagi..

"Kau wat ape mandi pagi2 ni Yo?"..

???????? EH? asal suara cam kenal? Lepas tu makhluk tu siap gelak2 dengan nada yang sangat manusia.. uik? asal tak mengilai? bila aku pandang ke makhluk tu..

Aku nampak mata, buku dan mulut yang tengah tersengih2 cam kerang busuk. Dan die sengih dengan sangt innocent seolah2 tak bersalah hapa..

Dielah Mohd Noor si pengakap!!!


+


Yang tengah stadi di depan biliknya dengan teknik "melunjur hanya separuh badan"

(sori Mohd Noor, tak jumpe model lelaki. huhu)


+


Sebab blok dah light off, so dia stadi di bwah lampu koridor depan bilik die


||


Dan aku jadik mangsanya~~~~.....

(sob sob...sedih.. )



Untuk Mohd Noor, mati2 aku ingatkan muke mung macam ni


Itulah cerita antu paling spoil pernah aku alami. ish3...

Tuesday, March 30, 2010

CONVOCATION DAY

convocation day,
reveals the line between two ways,
waving goodbye to today,
heading to a totally strange new day..

he was proud of me,
but he wasn't even there
during my convocation day

look who's talking,
i din even try to listen,
to the lullabies he tried to sing

'convocation day',
has taken him away,
from all that he's got, that din even care,
of his sorrow that he had to bear.

regrets gushed,
and our sweet memories got flushed,
sank my tears to a low-pitched hush

i'm sorry....
ive done too much,
at a point regret wont do much,
and now, i couldnt ask much

let everything remains unsaid,
let my tears remain unheard,
as i've no right to question fate...

this is what for me to pay,
this is what i have to be burdened with along the way
till my 'convocation day'..

just you smile,
for this cert i've won,
in silence i'll cry,
for the time that i can never turn.

'convocation day',
has taken u away.
----------------------------------------------------------------------------
-my first english poem. Pardon the weirdness if it sounds so.
 
◄Design by Pocket►