Friday, March 12, 2010

isu rotan- agama kita diinjak??




Apabila diumumkan 3 wanita dirotan oleh mahkamah syariah kerana illicit sex, pelbagai pihak mula melontarkan suara dan buah fikiran masing masing. ada yang suka, dan tak kurang yang menarik muka. pada pendapat saya, isu ini menunjukkan secara jelas pertembungan fahaman agama yang berlaku di malaysia. bagaimana sebenarnya agama lain masih terlalu cetek pemahamannya terhadap hukum islam .. dan hal itu mungkin terjadi demikian kerana dalam kalangan islam sendiri ada yang lebih suka 'menanam agama' mereka ke dalam lubang kemodenan

kenapa perlu meludah agama sendiri? kenapa bila 3 wanita itu dirotan, ramai sangat yang tidak berpuas hati? di sini saya mahu menggariskan beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak-pihak yang lantang menentang hukuman sebat yang dijalankan..

1.. Sisters In Islam mengatakan bahawa mereka kesal dengan hukuman itu dan hukuman itu menunjukkan diskriminasi jelas terhadap wanita. (http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=986&Itemid=1)kelakar bukan? ya, sememangnya diakui, Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah telah memberi jaminan bahawa wanita tidak boleh disebat di Malaysia. Ironinya, bukankah apa yang terkandung dalam akta itu juga suatu diskriminasi? Hanya lelaki yang akan disebat tetapi wanita tidak akan disebat walaupun melakukan kesalahan yang layak dihukum sebatan seperti zina. Jadi, bukankah itu juga suatu diskriminasi? Bukankah SIS yang selama ini memperjuangkan kesamarataan antara lelaki dan wanita? mengapa hanya dalam aspek kerja, gaji dan jawatan sahaja yang mahu sama rata? kenapa dalam aspek ini tak mahu samarata pula? ohh.. kata mereka kerana kudrat wanita itu kan berbeza daripada lelaki... itulah apa yang tercapai oleh akal mereka. perkara yang tidak boleh disamaratakan antara wanita dan lelaki hanyalah 'kudrat tenaga' semata mata. itu kata akal mereka.

sedangkan Allah, Sang Pencipta Adam dan Hawa, maha tahu bahawa bukan setakat kudrat tenaga wanita itu tidak setanding lelaki, tetapi juga dari akalnya, wanita tidak boleh berfikir sejauh lelaki. dari aspek kepimpinannya, wanita tidak mampu mengasing emosi dari profesyen utk menjadi pemimpin yang baik. namun, wanita juga ada lebihnya.... wanita, kerana emosionalnya, mampu utk menjadi lebih sensitif dan peka berbanding lelaki. dan wanita, mempunyai kata naluri yang jauh lebih kuat berbanding lelaki. sebagaimana banyaknya kelemahan wanita, sebantak itulah banyaknya kelebihan wanita jika dibandingkan denga lelaki. kerana itu dalam Islam, isu kesamarataan tidak pernah diberi perhatian. tetapi yang diberi penekanan adalah isu keadilan bagi lelaki dan wanita. kerana itu dalam sesetengah perkara, wanita akan mendapat kurang dan dalam sesetengah perkara lain, lelaki pula yang akan mendapat kurang. itulah konsep keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

2.secara terang terangan p gunasegaram(from now on will be written as pg) menghina hukum islam (http://unmalaysia.wordpress.com/2010/02/25/persuasion-not-compulsion/). katanya hukuman terhadap wanita itu tidak patut dan ia sangat memalukan mereka. mungkin pg tak tahu yang itulah tujuan hukuman itu dijalankan (dan sepatutnya dijalankan di tempat awam)= iatu untuk memalukan pesalah.. kenapa perlu memalukan pesalah? kerana dengan memalukan pesalah, barulah akan tercalar maruah mereka dan akan serik utk melakukan kesalahan itu lagi. parut fizikal mungkin sementara, tapi parut pada harga diri itulah yang akan mengekang mereka dari mengulangi kesalahan yang sama. dan perasaan malu untuk berada di tengah2 khalayak, maruah diinjak dan dihukum sebegitu, adalah suatu bentuk kekangan pula kepada khalayak daripada turut melakukan perkara yang sama.

pg juga mengatakan yang kelakuan 3 pesalah wanita yang melakukan seks luar nikah itu adalah hak peribadi mereka secara total, dan tidak patut dihukum oleh syariah. itulah yang berlaku kalau seekor lembu herbivor mahu memberi komen terhadap gizi makanan singa yang memakan daging. pg tidak tahu yang dalam islam, tidak pernah ada istilah kebebasan mutlak. sudah nama pun dunia ini ujian, pastilah kita akan diuji dengan pelbagai jenis kebebasan yang tidak dapat kita miliki. bagi seorang mukmin yang baik, dunia ini adalah penjara, dan kebebasan hakiki adalah di syurga nanti.

3. byk yang ingin saya suarakan, tapi kalau dimuntahkan semuanya disini, pasti tak terbaca pula nanti. kita di malaysia, kita selalu melaungkan tentang kebebasan beragama. orang cina boleh mengamalkan agama budha mereka, org india boleh mengamalkan agama hindu mereka. tapi yang menyedihkan, apabila muslim di malaysia masih tidak dapat mengamalkan islam secara total, walaupun islam adalah agama rasmi di negara ini. kita masih tidak dapat menjalankan hudud seperti dituntut agama, kita masih tidak boleh mengamalkan sistem perbankan bebas riba dan banyak lagi yang kita tidak boleh amalkan. mungkin dengan agama lain kita terlalu berlebih kurang, akhirnya asyik-asyik agama kita yang mendapat kurang.

renung-renungkan...

2 comments:

  1. yup....absolutely true...islam masih dlayan double standard....danktirikn...djadikn bhn ketawa dbumi sndiri....isu ksmarataan antara wanita n lelaki smpai bile2 pn xkn abis....as a muslim juz acept who u r n try d bes as u can to change ur life n d most important thing dont against God's rule.....

    ReplyDelete
  2. nice article! would be great if we could share this one with the others..

    ReplyDelete

 
◄Design by Pocket