Sunday, March 7, 2010

Si Buta.....



Tadi kat kl sentral, aku terserempak dengan 2 orang buta. berjalan menggunakan tongkat. seorang memegang bahu yang seorang lagi, berjalan sambil tersenyum.

Apa perasaanya menjadi orang buta? Hidup dalam dunia yang tak pernah dilihat. Adakah mereka kenal warna hijau, biru dan sebagainya? Mereka terasing dalam dunia yang mereka huni. Tertanya-tanya adakah orang2 lain mukanya berbeza atau sama? Kalau berbeza mungkinkah langsung tiada persamaannya? Mereka terasa terik matahari, tapi bagaimana rupa matahari? seperti api yang marak meliputi angkasa atau bagaimana?

Ramai kawan-kawan aku kata aku ini fikir terlalu banyak. Tapi aku pon takleh nak buat apa, aku memang begini orangnya. Samalah macam apabila korang semua membaca. Kalau korang lihat perkataan "JANGAN MEROKOK", adakah korang mengeja untuk membaca, atau adakah korang boleh tahan minda korang daripada membaca? tak boleh kan? tengok je perkataan tu, terus terbaca dan terus otak tertafsir. Sama la ngan aku pon, it happens, until a point that i actually find joy in doing that. haha

Berbalik pada orang buta.. Kadang kadang aku terasa seperti si buta. Memikirkan adakah orang lain melihat benda daripada perspektif aku? Adakah orang lain fikir seperti mana yang aku pikir? Apabila aku melihat bulan sabit separa dan terfikir bulan itu hilang separuh... adakah orang lain memikirkan benda yang sama? atau mereka memikirkan yang bulan itu penuh separuh?

Walau apa pun, aku kagum terhadap orang buta. Tidak diberikan nikmat melihat, tapi masih boleh berjalan di atas muka bumi yang jalannya bertaburan duri. Manusia pernah melalui alam roh sebelum dilahirkan menjadi manusia (dan kemudiannya akan ke alam barzakh), cuma kita sahaja yang tak ingat. Kita berebut untuk dilahirkan dan cuma yang terpilih akan dilahirkan sebagai manusia. Aku rasa pada zaman itu, si buta adalah golongan yang hebat-hebat, sebab itu dipilih Allah untuk memikul tugas khalifah tanpa dikurniakan satu daripada nikmat pancaindera. Mereka mestilah golongan yang sangat kuat. Aku betul betul kagum dengan si buta.

Aku harap aku juga akan dapat menjadi kuat macam si buta. Kalau tak dapat sekuat meraka, dpt macam ke arah itu pun sudah cukup. Aku perlu jadik kuat seperti mereka, supaya aku boleh mencarik jalan hidup yang baru hendak bermula. Jalan hidup yang masih samar-samar, tapi aku kene terus berjalan. Utk meraba raba dalam gelap itu, aku perlu jadi sekuat mereka.

TO all si buta, u are very strong. u never know how smiles look like, but u are able to give smiles that motivate other people. if only u could see how bright ur faces are when u smile. mungkin itu sebabnya senyum si buta begitu berseri, sebab mereka tak pernah lihat apa itu senyuman, jadi mereka senyum terus dari hati. kita? kita pandai melacurkan senyuman. senyum kita ada makna tersirat.. ada hipokrasi. mungkin sesekali kita perlu belajar dari mereka yang kurang, seperti si buta....

1 comment:

  1. agak kejiwaan post yg nie look holy.....ader ati gak ea...igt batu....^_^

    ReplyDelete

 
◄Design by Pocket