Saturday, March 13, 2010

Bolehkah sejam memberikan impak? Kenapa Perlunya Earth Hour?



(Idea untuk artikel ini diambil daripada olahan kawan merangkap senior zaman2 universiti dulu, En. Khairul Afsan sekitar tahun lepas)

Ramai yang mempertikaikan relevansi penganjuran Earth Hour setiap tahun. Bolehkah sejam memberikan impak pada penjimatan elektrik? bolehkah sejam memberi sebarang kesan balik pada pemanasan global? bolehkah sejam itu menjentik ego gergasi industri untuk berhenti membahangkan dunia?

Segala persoalan di atas wajar ditanya.. tetapi segala persoalan di atas bagi saya bukan tujuan sebenar penganjuran Earth Hour. Semua orang yang waras sudah tentu faham sejam itu penganjuran Earth Hour, walaupun dapat menjimatkan banyak penggunaan tenaga, masih terlalu kecil nisbahnya dibandingkan dengan jumlah penggunaan tenaga selama setahun. Jadi, jika benar begitu, kenapa masih mahu kisah akan Earth Hour?

Jawapannya mudah.. Earth Hour bukan untuk menterbalikkan kesan pemanasan global secara langsung, tetapi lebih kepada bentuk pelaburan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat yang semakin tidak memahami. Bagaimana? Sama sama kita selongkar

Pada 2008, dianggarkan 50 juta di seluruh dunia mengambil bahagian.

Pada 2009, 1 billion rakyat memutuskan untuk bergelap di malam Earth Hour.

Untuk 1 billion manusia mengabaikan bentak hati mereka (ada ke logik buat earth hour, entah apa2 la program ni .. dan segala macam protes dalam hati), dan sama sama bergelap dan berdiam selama sejam, sudah tentu menuntut kesedaran diri yang tinggi dan rasa tanggunjawab yang sangat besar. Dan apabila dimumkan peningkatan mendadak masyarakat dunia yang mengambil bahagian dalam Earth Hour pada 2009 berbanding 2008, menunjukkan betapa semakin ramai yg sedar tentang perlunya mereka melakukan sesuatu terhadap pemanasan global yang sedang berlaku.

Untuk lebih memudahkan pemahaman motif penganjuran Earth Hour, mari kita lihat dari aspek ini. Bila kita bergelap selama sejam semasa Earth Hour, masa itu bukanlah untuk kita hanya duduk di bilik dan mengomel tentang "buat apalah kerajaan sibuk nak buat program tak guna ni?".. Tetapi itu adalah masa untuk kita keluar bersama kawan kawan, melihat kota metropolitan Kuala Lumpur (dan lain2 bandar seluruh negeri) yang dahulunya terang benderang, akhirnya jadi gelap, dan sunyi. dan dalam kesunyian dan kedamaian itulah, kita harus bermuhasabah diri; jika tanpa kita di dunia ini, sebenarnya dunia akan menjadi sangat aman.. dan mendamaikan..



Cuba pula bayangkan jika anda sudah berkeluarga.. Waktu inilah anda harus membawa anak-anak anda berkelah di tengah2 kota, di dataran KLCC mungkin, atau di dataran merdeka, atau untuk mendapatkan pandangan yang lebih cantik, mungkin di Bukit Antarabangsa di mana anda boleh melihat secara tiba-tiba Kuala LUmpur menjadi gelap gelita (atau di mana mana sahaja, depan rumah pon layan). Bawalah lilin bersama, bersama tikar dan duduk bersama sama keluarga anda. Anak-anak anda akan bertanya? "ayah, kenapa kita bergelap? kenapa KL tiba tiba gelap? kenapa kita berkelah dalam gelap?".. dan pada masa itulah peranan kita sebagai manusia dewasa bermula, untuk menerangkan secara halus kepada anak-anak kita, untuk meberi pemahaman kepada mereka tentang tenat yang sedang ditanggung oleh bumi, dan kenapa kita sebenarnya perlu bertanggunjawab untuk membantu bumi. Pendidikan tidak formal ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada generasi baru. 'kalau kita sudah hidup di dalam lumpur, sekurang kurangnya anak2 kita hidup di atas tanah subur'. Kesedaran mereka akan dipupuk, dan kesannya adalah pada kehidupan seharian mereka. Mereka akan lebih sedar tentang pentingya penjimatan elektrik, pentingya kitar semula dan banyak lagi perkara yang selama ini kita sendiri tidak pernah mahu buka mata.



dan earth hour juga bukan semata mata itu, ia sebenarnya suara kita, menuntut pemimpin2 dunia, supaya melakukan sesuatu terhadap bumi.

Earth Hour adalah cara untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Ia umpama suara seluruh masyarakat dunia yang menjerit supaya bumi ini diselamatkan. Ironinya, ia dilakukan dengan cara kita berdiam, dan bergelap, selama hanya satu jam sahaja daripada 8760 jam yang kita ada selama setahun. Mudah bukan? Sama-samalah kita menjayakan Earth Hour. 27 March 2010, 8.30-9.30 pm. turn off the lights, turn off ur fb and anything. just be in the darkness, and feel the silence. and u will definitely hear the voice of millions of people, who are making strong statement of their stands...about our dying earth....


see the beauty...


see the beauty... Earth Hour 2010 Official video

No comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket